Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,644

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sistem E-Tauliah bakal diperkenalkan ogos ini

8:31am 10/06/2016 Leolerry Lajius 92 views Tempatan
Ariffin (tengah) ketika sidang media berkenaan.

Ariffin (tengah) ketika sidang media berkenaan.

KOTA KINABALU: Satu laman web Sistem E-Tauliah permohonan mengajar agama Islam di negeri Sabah bakal diwujudkan yang akan dikuatkuasakan bermula pada Ogos ini sebagai langkah melicinkan pengurusan tauliah mengajar dan ceramah agama untuk memberikan pendidikan Islam kepada rakyat di negeri ini.

Langkah ini juga merupakan satu inisatif untuk memudahkan pemohon tauliah mengajar dan ceramah agama untuk membuat semakan permohonan dan data-data yang berkaitan dengan tauliah.

Menurut Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Hj. Ariffin Bin Mohd. Arif, kaedah ini dapat memudahkan individu untuk membuat permohonan bagi mendapatkan tauliah.

“Sebelum ini kita menggunakan sistem menemu duga bagi membolehkan seseorang itu mendapat tauliah namun melalui sistem ini permohonan akan lebih mudah kerana pemohon boleh membuat permohonan secara atas talian.”

“Walaubagaimanapun kita tetap akan mengadakan sesi temu duga bagi individu tertentu bagi memastikam mereka benar-benar layak mendapat tauliah,”katanya ketika sidang media sempena Pelaksanaan Pengurusan Tauliah Mengajar/Berceramah negeri Sabah, di sini, hari ini.

Ariffin turut menyatakan, antara syarat pemohon tauliah adalah tidak menyebarkan fahaman atau ajaran yang bertentangan dengan pegangan Ahl Sunnaj Wal Jamaah, tidak menghina perkara khilafiah yang terdapat dalam empat mazhab yang muktabar serta tidak menghina mana-mana pihak berkuasa agama.

Antara kategori tauliah mengajar dan ceramah agama yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam adalah mengajar agama (umum), mengajar agama berkitab (individu/institusi), mengajar Al-Quran berceramah (umum), berceramah (khas,jemputan ) serta permit khas ceamah. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan