Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sista 23 kilogram dalam rahim

DOKTOR memegang sista seberat 23 kilogram yang dikeluarkan dari ovari Kayla. – FOTO Jackson Hospital

 

Montgomery (Amerika Syarikat): Seorang wanita yang bertahun-tahun mengalami masalah berat badan berlebihan dan pelbagai masalah kesihatan terkejut apabila doktor mengeluarkan sista seberat 23 kilogram dalam ovarinya.

Kayla Rahn, 30, memberitahu, dia mengalami pelbagai masalah kesihatan termasuk sakit dan berat badan berlebihan tetapi doktor memberitahu keadaannya akan bertambah baik sekiranya menurunkan berat badan.

“Hampir setahun saya cuba menurunkan berat badan tetapi sebaliknya berlaku, berat badan saya semakin naik,” katanya kepada WSFA-TV.

Menurutnya, perutnya yang semakin membesar menyebabkan ramai yang menyangka dia hamil.

“Saya kelihatan seorang wanita yang sarat mengandung sembilan bulan. Pernah seorang bertanya adakah saya hamil anak kembar. Ia sangat mengecewakan,” jelasnya.

Pada Mei lalu, ibu Kayla membawanya ke Hospital Jackson di mana dia menjalani beberapa ujian sebelum doktor mengesan sista besar di ovarinya.

“Saya masih ingat saya memberitahu ibu mengenai perkara itu dan menangis kerana doktor mahu mengeluarkannya. Saya tahu ada benda tidak kena dengan diri saya,” katanya.

Dr Gregory Jones mengetuai pembedahan terhadap Kayla memberitahu, dia terkejut dengan keadaan sista itu yang sangat besar. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan