Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,747

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sintiong Gelet, pengarah muzium Sabah yang baharu

8:38pm 17/12/2015 Ann Vivien 150 views Isu Semasa,Tempatan
Sintiong Gelet, pengarah muzium Sabah yang baru

Sintiong Gelet, pengarah muzium Sabah yang baharu

KOTA KINABALU: Timbalan Pengarah Jabatan Muzium Sabah Sintiong Gelet dilantik sebagai Pengarah Muzium Sabah yang baru berkuatkuasa 24 oktober 2015.

Beliau menggantikan Puan Joanna Kitingan yang ditukarkan ke Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar.
Sintiong, 56, mulai berkhidmat di Muzium Sabah sebagai Kurator pada tahun 1986 di Bahagian Konservasi, kemudiannya Bahagian Akademik dan Bahagian Sains dan Teknologi.
Sebelum itu beliau berkhidmat di Bahagian Alam Sekitar, Kementerian Pembangunan Sumber dari tahun 1984 hingga 1986, sebelum meneruskan khidmat di Jabatan Muzium Sabah.
Beliau yang berkelulusan Master in Museology, dari University of Leiscester, UK pada tahun 1995, dilantik sebagai timbalan pengarah muzium Sabah pada tahun 2006. -Oleh Monica Gidung/Sayangsabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan