Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Singapura kekal bandar paling mahal di dunia

GAMBAR pemandangan bangunan pencakar langit di Singapura.
GAMBAR pemandangan bangunan pencakar langit di Singapura.

London: Singapura sekali lagi diumumkan bandar raya paling mahal untuk didiami di dunia sekali gus mengekalkan gelaran itu untuk tiga tahun berturut-turut.

Firma penyelidikan Economist Intelligent Unit (EIU) meletakkan Singapura di tangga teratas diikuti Zurich, Hong Kong, Geneva dan Paris.

London dan New York masing-masing menduduki tempat keenam dan ketujuh.

Laporan dua kali setahun itu membandingkan harga lebih 160 barangan dan perkhidmatan asas seperti makanan, pengangkutan, pakaian dan bil utiliti di 133 bandar raya dunia dengan menjadikan New York sebagai perbandingan.

Walaupun Singapura bandar paling mahal, tetapi harga barangan runcitnya lebih murah dan hampir sama dengan New York.- Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan