Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Singapura cipta skuter tanpa pemandu

GAMBAR skuter tanpa pemandu yang diuji di Singapura. - Agensi
GAMBAR skuter tanpa pemandu yang diuji di Singapura. – Agensi

mengatasi kemalangan membabitkan pejalan kaki yang obses dengan telefon bimbit, sebuah skuter pandu sendiri yang membawa orang ramai ke sesuatu lokasi.

Kenderaan empat roda dan satu tempat duduk seberat 50 kilogram itu bergerak selaju enam kilometer sejam dan mempunyai penderia laser yang membantunya mengelak halangan.

Skuter yang dibangunkan Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) itu adalah eksperimen kenderaan tanpa pemandu terbaru Singapura dalam visi menggunakan teknologi autonomi bagi berdepan cabaran kekurangan tanah dan buruh.

Kenderaan itu berjaya dalam beberapa ujian dalam kampus dan penyelidik berkata, ia mampu membaiki perjalanan bagi setiap peringkat umur, mengurangkan penggunaan kereta serta kadar kemalangan.

“Saya yakin anda pernah mempunyai pengalaman berlanggar dengan orang yang menggunakan telefon bimbit sambil berjalan.

“Jadi lebih baik anda duduk atas skuter ini sambil memeriksa e-mel. Kami memberi anda lebih pilihan,” kata Profesor Madya NUS dan ketua projek, Marcelo Ang Jr.

Projek kerjasama dengan Institut Teknologi Massachusetts (MIT), Gabungan untuk Penyelidikan dan Teknologi Singapore-MIT dan NUS itu akan menjalani ujian lanjut tetapi bukan untuk dijual. – Reuters/HMetro

Komen


Berita Berkaitan