Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sindiket penyeludupan manusia tumpas

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

KOTA KINABALU – Satu sindiket penyeludupan dan pemerdagangan orang tumpas, setelah pihak polis menangkap dua orang suspek berumur 24 dan 30 tahun dalam satu serbuan di sini pada Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Datuk Sallehuddin Abdul Rahman berkata, serbuan tersebut adalah hasil maklumat orang awam yang mendakwa terdapat kegiatan sindiket haram di daerah ini.

“Suspek terbabit masing-masing seorang lelaki pemastautin tetap dan perempuan warga Filipina, kini ditahan reman di bawah Seksyen 13 Akta Anti Pemerdagangan Orang Dan Anti Penyeludupan Migran 2007,” katanya di sini pada Khamis.

Menurutnya, pasukan khas Jabatan Siatan Jenayah Kota Kinabalu melakukan serbuan pertama di sebuah runah teres di Jalan Penampang Lido pada jam 2.00 pagi Rabu lepas.

Katanya, dalam serbuan itu, polis menemui enam orang warga Filipina berumur 15 hingga 30 tahun yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan dipercayai menjadi mangsa sindiket terbabit.

“Pemeriksaan di rumah itu kemudian menemui kedua-dua suspek yang bersembunyi dalam sebuah bilik di rumah itu,” katanya sambil menambah siasatan mendapati kesemua mangsa telah berada di negeri antara tempoh dua minggu hingga satu tahun.

Hasil siasatan lanjut terhadap suspek, polis kemudian membuat serbuan kedua yang dijalankan terhadap sebuah bilik hotel di Bandaran Berjaya di sini pada jam 3.30 pagi.

“Seorang wanita warga Filipina berumur 16 tahun yang dipercayai menjadi manvsa sindiket, berjaya diselamatkan dalam serbuan kedua itu,” tambahnya.

Beliau berkata, kesemua mangsa kini diberi perlindungan di Rumah Perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat. – oleh Nuzir Andi Samsiar / sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan