Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sindiket penipuan pembaharuan levi permit pekerja warga asing tumpas

permit masuk tumpas

KUALA LUMPUR: Satu sindiket yang melakukan penipuan membabitkan pembaharuan levi permit pekerja warga asing tumpas dan 10 ahlinya termasuk dalang utama ditahan dalam Ops Levi pada Sabtu dan Ahad lalu.

Sindiket yang beroperasi sejak lebih setahun lalu itu dikatakan mengaut untung mencecah jutaan ringgit dengan menipu majikan yang menggunakan khidmat mereka sebagai orang tengah untuk urusan memperbaharui permit kerja tahunan pekerja warga asing mereka dengan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Menurut Timbalan Pengarah Risikan dan Operasi, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) II Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan, pihaknya kini memburu seorang kakitangan JIM Putrajaya dikenal pasti berperanan sebagai ‘orang dalam’ selain menggunakan jawatannya untuk meyakinkan mangsa untuk menggunakan khidmat mereka.

“Suspek yang dikenali sebagai Mohamad Rohailizal Ramli, berusia 34 tahun itu menghilangkan diri sejurus kita lakukan serbuan namun kita dapat tahan isterinya yang juga seorang warga Thailand di sebuah rumah di Sentul.

“Kita turut memburu seorang lagi ahli sindiket itu yang dikenali sebagai Mohamed Shairuek Featdzill, 39, yang alamat terakhirnya di No 23-3A Blok 5, Jalan Pahat H, 15/H Seksyen 15 Shah Alam, Selangor,” katanya pada sidang media di Bukit Perdana di sini, sebentar tadi.

Komen


Berita Berkaitan