Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SINDIKET PENGEDARAN DADAH TUMPAS

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji (tiga kanan) bersama Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah Daerah Kota Kinabalu, Asisten Superitanden Zahiruddin Zakaria (tiga kiri), Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kota Kinabalu, Asisten Superintendan Samsualan Samsudin (dua kanan) menunjukkan barang kes dari dua kejayaan tangkapan polis Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Kinabalu pada sidang media di Bilik Media, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Empat sekumpulan warga tempatan berumur lingkungan 19 hingga 42 tahun berjaya diberkas dalam dua tangkapan berasingan dipercayai menjalankan aktiviti pengedaran dadah di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji, tangkapan pertama dibuat hasil daripada maklumat kegiatan pengedaran dadah berlaku di salah sebuah pusat membeli belah sekitar bandaraya Kota Kinabalu yang diterima kira-kira jam 6.40 petang.

“Ketika serbuan tersebut, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah telah menangkap dua orang lelaki berbangsa Cina yang mana terdapat dua paket dadah disyaki syabu bersama mereka dan hasil ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek ini positif dadah.

Paket dadah jenis syabu yang dirampas polis selepas berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah pada sidang media di Bilik Media, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

“Hasil tangkapan dan soal siasat yang dibuat membawa kepada satu lagi serbuan serta pemeriksaan di sebuah kondominium sekitar Luyang dan berjaya menangkap dua lagi suspek dipercayai suami isteri.

“Dalam pemeriksaan di kondominium tersebut telah merampas satu paket dadah dan kesemuanya rampasan berjumlah 455 gram dadah jenis syabu,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Habibi berkata, dalam serbuan tersebut juga berjaya merampas sebuah kereta jenis Mitshubishi Triton dan Toyota Innova, empat utas jam tangan, tiga buah buku akaun dan tujuh buah telefon bimbit.

“Jumlah rampasan dadah bernilai RM50,000 dan keseluruhan rampaasan termasuk kereta serta barangan lain bernilai RM150,000,” jelasnya.

Tambahnya, kesemua suspek yang ditahan berasal dari Limbang Sarawak dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan