Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SINDIKET PASPOT PALSU DIKESAN

pic-9
KOTA KINABALU: Satu sindiket  paspot palsu dipercayai wujud berikutan penahanan beberapa individu.
Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah Noor Alam Khan Abdul Wahid berkata lima individu warga asing berjaya ditahan di pusat bandar,Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) dan Terminal Dua.
Beliau berkata kelima-lima individu itu dipercayai memasuki negeri ini melalui Wilayah Persekutuan Labuan dan menggunakan Sabah sebagai pusat transit sebelum memasuki negara lain.
Mengulas lanjut beliau berkata dalam kes pertama,seorang warga Pakistab ditahan di LTAKK ketika cuba keluar mengikuti penerbangan ke Perth, Australia.
Suspek tersebut menggunakan paspot Malaysia dan ditahan sebaik saja gagal untuk menyerahkan MyKad. Siasatan mendapati suspek telah menggunakan paspot milik orang lain yang dibeli dengan harga RM15,000. Paspot tersebut di laporkan hilang pada 6 April 2013.
Manakala, empat individu warga Turki berusia 23-37 tahun turut ditahan atas kesalahan yang sama dalam dua tangkapan berasingan.
Pengesahan mengenai kesahihan dokumen perjalanan mereka telah diserahkan kepada Kedutaan Turki di Kuala Lumpur

Komen


Berita Berkaitan