Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sindiket IC Palsu Bawa Kepada Penemuan Wang Palsu

5c5009d5-7808-4890-b55f-77bf486efdc1

TAWAU – Penahanan seorang lelaki dalam operasi khas sindiket kad pengenalan palsu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sebuah hotel di sini pada Rabu, turut membawa kepada penemuan matawang Dolar, Ringgit Malaysia dan matawang lain yang disyaki palsu.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata hasil siasatan lanjut di bilik yang dihuni suspek berusia 44 tahun itu di Taman Bukit Bintang di sini, polis menemukan sekeping not RM100 dan 14 keping not RM50.

“Kesemua not ini disimpan di dalam laci almari suspek,” katanya di sini, hari ini.

Sebelum itu, suspek ditahan di kawasan parkir hotel itu berikutan kegiatan sindiket kad pengenalan palsu di Tawau dan daerah sekitarnya.

Fadil berkata dalam operasi yang diketuai Pengarah Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN Mohamad Yusri Hashim, mereka menemukan matawang palsu semasa memeriksa kereta Naza Citra yang dinaiki suspek.

“Ketika pemeriksaan, lelaki itu didapati memiliki wang disyaki palsu iaitu 171 keping not US$100 dan dua keping not RM100,” katanya.

Berikutan itu, lelaki berkenaan direman empat hari sehingga Ahad ini.

Dalam operasi enam jam itu, katanya JPN menahan 10 dua lelaki tempatan, tujuh warga Indonesia dan seorang warga Filipina yang dipercayai dalang sindiket kad pengenalan palsu ketika operasi khas di sebuah hotel dan Kampung Tanjung Batu.

Polis turut merampas 29 kad pengenalan palsu, wang tunai berjumlah RM3,839, kenderaan Naza Citra dan Proton, peralatan mengambil cap jari bagi pemprosesan kad pengenalan palsu dan sebuah ‘notebook’ mengandungi perisian untuk memproses maklumat pembeli.

Turut dirampas adalah kad bank, lesen memandu, lapan telefon bimbit yang mengandungi maklumat berkaitan pemalsuan kad pengenalan, sebuah buku yang mengandungi 400 hingga 500 nama pembeli MyKad palsu serta bukti transaksi sejak awal tahun ini yang bernilai puluhan ribu ringgit. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan