Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,649

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sindiket Dadah Bernilai Rm6000 Tumpas Di Merotai

9:26am 19/07/2016 Pak Roshan 1532 views Jenayah,Mutakhir

dadah

SINDIKET DADAH BERNILAI RM6000 TUMPAS DI MEROTAI

Tawau, 18 Julai 2016 – Sebuah rumah tidak bernombor di Merotai menjadi sasaran lokasi Ops Sarang PDRM Tawau pagi tadi.

Lebih kurang jam 11.15 pagi tadi, sepasukan polis dari Bahagian Narkotik Daerah Tawau, Balai Polis Bombalai serta PPK Merotai yang diketuai oleh Inspektor G.Shankar Ganesh menyerbu rumah berkenaan yang terletak di Kampung Pangkalan, Merotai.

Semasa serbuan, sepasang suami isteri dan adik beradik turut berada di rumah tersebut. Mereka yang kaget dengan kehadiran polis tidak sempat melarikan diri namun salah seorang suspek wanita cuba melupuskan satu bekas plastik dadah ke dalam sinki tetapi gagal hasil tindakan pantas polis.

Pemeriksaan lanjut ke atas bekas plastik itu mendapati sebanyak 3 paket dadah dipercayai syabu dibungkus di dalam plastik lut sinar berlainan saiz. Anggaran harga pasaran bagi dadah berkenaan dianggarkan lebih kurang RM6000. Kesemua mereka disiasat dibawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dijatuhi hukuman mandatori gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Hasil saringan awal ujian air kencing mendapati kedua-dua suami isteri tersebut positif dadah jenis Methamphetamine. Turut disita sebuah kereta Perodua Myvi yang dipercayai digunakan untuk aktiviti pengedaran dadah.

Dalam pada itu, tiga lelaki dipercayai penagih dadah turut ditahan dalam serbuan berasingan di kawasan terbabit. – Facebook Polis Tawau

polis-tawau tangkap

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan