Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Simunic : Tiada Pilihan Lain Kecuali Menang

1:18pm 17/05/2016 Pak Roshan 175 views Berita Pilihan,Mutakhir,Sukan

DSC_6960

Ketua Jurulatih Sabah, Vjeran Simunic mengingati para pemainnya bahawa tiada pilihan lain kecuali menang jika mereka ingin bermain dalam Liga Perdana Malaysia tahun hadapan.

Sabah akan menentang Perlis dalam saingan Liga Perdana di Stadium Likas malam ini pada jam 8.15pm dan Simunic ingin tamatkan pusingan pertama liga dengan tiga mata penuh.

Simunic berkata pasukannya perlu menang malam ini bagi memastikan mereka terus berada di landasan betul untuk memperbaiki kedudukan.

“Prestasi Perlis lebih baik berbanding Sabah ketika ini, tetapi saya yakin anak buah saya mampu mencipta kemenangan, lebih-lebih lagi apabila beraksi di gelanggang sendiri.

Sementara itu, jurulatih itu berkata dia bakal membuat sedikit perubahan taktikal berikutan kehilangan tonggak utama, Azzizan Nordin, yang menjalani penggantungan perlawanan.

Katanya, dia akan menggunakan formasi 3-4-3 dengan barisan pertahanan kemungkinan besar digalas Igor Cerina, Rawilson Batuil serta Jenius Karib.

Tambahnya, bahagian tengah pula akan dikemudi Marco Tulio Lopes Silva dan Dedi Kusnandar dengan Alto Linus serta Umareng Bacok akan menggerakkan bahagian sayap manakala menggunakan tiga penyerang untuk memburu gol malam esok, iaitu Leopold Alfonso Otong, Maxsius Musa dan Prince Nnake Tochukwu.

“Perlis satu lagi pasukan yang bagus. Mereka mempunyai beberapa pemain yang memiliki kelebihan fizikal, terutama pemain pertahanan mereka, Obinna Nwaneri dan juga Edward Junior Wilson, yang memiliki pengalaman luas di Indonesia apabila meledak lebih 100 gol di sana,” katanya ketika ditemui, di sini, kelmarin.

Sabah kini berada di tangga ke-10 dan berpeluang untuk naik satu anak tangga sekiranya mereka menutup tirai pusingan pertama liga malam esok dengan kemenangan.

Bagaimanapun, sekiranya Sang Badak kecundang, mereka mungkin ‘terjerumus’ ke zon penyingkiran, itu pun jika Sime Darby FC mampu mengejutkan naib juara Piala FA, PKNS FC, petang esok.

-sumber : SabahFa.com

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan