Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SIMULASI KEBAKARAN DI HOSPITAL BESAR TAWAU AKAN DIJALANKAN SETIAP TAHUN

bomba
Gambar Hiasan

 

TAWAU : Bagi memastikan semua kakitangan sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, Hospital Besar Tawau akan menjalankan simulasi kebakaran setiap tahun, kata Pengarahnya Dr Norlinah Arsad.

Beliau berkata simulasi kebakaran itu sangat penting untuk meningkatkan keyakinan semua kakitangan hospital sekiranya mereka berhadapan situasi sedemikian.

“Ketika simulasi ini, kami mendapat banyak pelajaran dan segala kelemahan yang berlaku semasa simulasi itu boleh dijadikan panduan serta mengkajinya agar ia dapat diatasi.

“Oleh itu kami akan jadikan simulasi kebakaran ini sebagai acara tahunan demi memastikan keberkesanan pencegahan kebakaran dapat dipertingkat,” katanya kepada pemberita selepas simulasi kebakaran yang berlangsung kira-kira tiga jam di hospital berkenaan hari ini.

Simulasi melibatkan kebakaran stor penyimpanan bahan kimia itu disertai kira-kira 150 orang terdiri daripada bomba, polis, Bulan Sabit Merah, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan kakitangan hospital itu. — BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan