Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,764

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sime Darby tawar baikpulih kemudahan di SK Ladang Tiger, Tawau

7:06am 28/10/2016 Elezebeth Esther Onjining 406 views Pendidikan,Tawau,Tempatan
KENANGAN....Hamisa merakamkan gambar kenangan selepas pertemuan dengan pihak pengurusan syarikat Sime Darby dengan guru-guru SK Ladang Tiger Tawau dan pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Tawau semalam.

KENANGAN….Hamisa merakamkan gambar kenangan selepas pertemuan dengan pihak pengurusan syarikat Sime Darby dengan guru-guru SK Ladang Tiger Tawau dan pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Tawau semalam.

TAWAU- Syarikat Sime Darby bersedia membantu membaikpulih kemudahan di Sekolah Kebangsaan Ladang Tiger, disini, kata Adun Tanjong Batu, Datuk Hamisa Samat.

Hamisa berkata pihak pengurusan Sime Darby bersetuju untuk membantu membaik pulih kemudahan di sekolah itu disamping memberi perhatian kepada beberapa buah sekolah di daerah Tawau yang berada di dalam kawasan perladangan syarikat tersebut.

” Walaupun pihak Kementerian Pendidikan mempunyai peruntukan tetapi itu belum mencukupi untuk menampung kos penyelenggaraan dan pembaikan sekolah-sekolah yang daif dan serba kekurangan di negeri Sabah serta seluruh negara.

“Di Sabah sahaja, ribuan sekolah rendah dan menengah memerlukan perhatian untuk kebajikan murid-murid dan guru-guru dari segi kemudahan sekolah yang serba baik,” katanya.

Beliau bekata demikian semasa perjumpaan diantara pihak pengurusan syarikat Sime Darby dengan guru-guru SK Ladang Tiger Tawau dan pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Tawau semalam

Selain Sime Darby, Hamisa turut menyeru mana-mana syarikat swasta dan syarikat anak kerajaan (GLC) lain membantu untuk melaksanakan tanggungjawab sosial mereka terhadap komuniti di daerah tersebut.

“Saya juga meminta mana-mana syarikat korporat dan syarikat agensi kerajaan di negeri ini agar menghulur bantuan mana-mana sekolah yang berada di kawasan mereka melalui tanggungjawab sosial syarikat tersebut,” kata Hamisa.

Hamisa yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat berkata, syarikat-syarikat besar swasta perlu memainkan peranan lebih aktif dalam bidang pendidikan terutama dalam memberikan kemudahan pembelajaran termasuk biasiswa kepada pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Jelasnya sumbangan sektor swasta dalam bidang pendidikan mampu memperkasakan mutu pendidikan negara dalam usaha kerajaan melahirkan modal insan kelas pertama.

Menurutnya, ramai pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT) perlu bersaing mendapatkan pembiayaan pelajaran sama ada daripada kerajaan mahupun swasta.

“Disebabkan peruntukan yang terhad, di sinilah peranan syarikat swasta memberikan khidmat sosial dan berganding bahu dengan kerajaan bagi memastikan kecemerlangan pendidikan negara

Turut serta dalam pertemuan itu Pengurus Besar Kanan Sime Darby Zon Sabah, Ramlan Raula dan  Pengurus Pentabdiran Zon Sabah Selatan, Lim Shu Chua, Pengurus Ladang Tiger, Mohd Marzuki, serta pengurusan Sime Darby kawasan Tawau, Guru besar SK Ladang Tiger, Majidah Kanafiah dan pegawai PPD Tawau, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Dun Tanjong Batu, Jumain Sawal serta kakitangan Unit PPM Tanjong Batu.-SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan