Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,717

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Silap pilih mangsa

9:30am 28/05/2016 Pak Roshan 8374 views Global
‘MANGSA’ menarik rambut suspek dan memaksanya melucutkan baju.

‘MANGSA’ menarik rambut suspek dan memaksanya melucutkan baju.

Bogota: Seorang peragut nyata tersilap memilih mangsa apabila wanita yang disasarkan membogelkannya sebelum memaksanya berlari di jalan raya.

Rakaman video menunjukkan ‘mangsa’ menarik rambut lelaki itu selepas dia cuba merompaknya mengunakan pisau di Bogota, ibu negara Colombia.

Video itu bermula dengan wanita terbabit menarik rambut lelaki berkenaan dan menjerit sekuat-kuat hati ke dalam telinganya.

Selepas merampas senjata itu dari pegangannya, wanita itu menyepak lelaki itu beberapa kali sebelum mengosongkan poketnya dan mengarahkannya melutut.

Lelaki itu merayu meminta maaf tetapi tidak diendahkan ‘mangsa’ yang terus menarik rambutnya berulang kali. Malah pada satu ketika wanita itu dilihat memukul kepala lelaki berkenaan. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan