Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,640

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Silap ‘jari’

10:13am 01/10/2016 Pak Roshan 47 views Global
BOMBA terpaksa menggunakan playar besar untuk mematahkan cincin berkenaan.

BOMBA terpaksa menggunakan playar besar untuk mematahkan cincin berkenaan.

Beijing: Imej yang mencetuskan simpati dan juga melucukan tersebar di laman sosial di China, menunjukkan anggota bomba cuba mencabut cincin perkahwinan yang tersekat pada kemaluan seorang lelaki.

Lelaki berusia 18 tahun yang berasal dari Liuzhou di Wilayah Guangxi menderita kesakitan selama dua hari apabila cincin itu tersekat pada kemaluannya.

Kerana tidak dapat menanggung lagi kesakitan, dia akhirnya meminta bantuan perkhidmatan kecemasan pada 13 September lalu.

Dia dibawa ke hospital dan anggota bomba mengambil masa 90 minit untuk ‘membebaskan’ kemaluannya.

Rakaman mengenai pembedahan rumit itu dimuat naik ke laman Weibo, media sosial popular di China.

Dalam rakaman itu lelaki terbabit dilihat bersama-sama plastik berisi ais di kemaluannya.

Kemudian, anggota bomba menggunakan playar besar untuk memotong cincin berkenaan.

Menurut laporan media tempatan, bomba sebelum ini gagal mencabut cincin berkenaan di rumah mangsa kerana kemaluannya begitu bengkak.

Seorang pengguna Weibo menulis: “Saya ingin tahu bagaimana cincin itu berada di situ.”

Seorang lagi mengulas: “Lelaki ini tidak ada kerja lain. Melucukan.’

Ada juga yang bertanya: “Kenapa dia memilih tempat itu untuk sarung cincin.’

Bagaimanapun, sehingga ini, tidak diketahui kenapa lelaki itu berbuat demikian. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan