Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sikap boros merugikan

Abdul Ghani (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan barang makan kepada salah orang warga emas. - foto Kalawon Sawing / SayangSabah
Abdul Ghani (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan barang makan kepada salah orang warga emas. – foto Kalawon Sawing / SayangSabah

NABAWAN – Sempena Aidilftri yang bakal disambut tidak lama lagi, masyarakat Islam diingatkan agar bijak berbelanja dalam membeli keperluan berkaitan persiapan sambutan berkenaan.

Ketua UMNO Bahagian Pensiangan, Datuk Abdul Ghani Yassin berkata, ini kerana langkah penjimatan harian masing masing dapat mendidik masyarakat Islam agar tidak terlalu boros dalam berbelanja.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media dalam majlis berbuka puasa sempena Program Membara-Ihya Ramadan di Masjid Al Hidayah Nabawan anjuran Biro Agama UMNO Bahagian Pensiangan di Masjid Al-Hidayah di Nabawan, di sini semalam.

Pada majlis itu, Abdul Ghani turut menyampaikan sumbangan air zam-zam, buah kurma, sejadah dan beberapa peralatan untuk kegunaan jemaah kepada badan-badan masjid dan surau sekitar daerah Nabawan serta bantuan wang tunai dan barangan makanan kepada golongan fakir misikin dan ibu tunggal.

Hadir sama, Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Pensiangan, Sikin Syamsiah Angkaus; Ketua Pemudanya, Jehan Osman dan ahli jawatankuasa bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri bahagian itu. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan