Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,792

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sijil Perkahwinan Mahkamah Anak Negeri Boleh Diguna Di Kemudahan Kesihatan Kerajaan – Subramaniam

7:25pm 08/06/2016 Pak Roshan 470 views Mutakhir,Nasional

Dr Subramaniam

PUTRAJAYA : Sijil nikah atau sijil perkahwinan yang didaftarkan oleh mahkamah anak negeri Sabah, sah diguna pakai sebagai dokumen rasmi perkahwinan ketika mendapatkan perkhidmatan kesihatan di semua kemudahan kesihatan Kementerian Kesihatan.

Menterinya Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata semua rakyat mempunyai keistimewaan serta hak dalam mendapatkan perkhidmatan yang terbaik di seluruh kemudahan kesihatan kerajaan di seluruh negara.

“Kementerian Kesihatan sentiasa mengambil berat dan amat prihatin kepada penjagaan dan mutu perkhidmatan kesihatan yang diberikan kepada seluruh masyarakat,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Dr Subramaniam berkata kementerian mengambil maklum berkenaan isu sijil nikah atau sijil perkahwinan yang didaftarkan oleh mahkamah anak negeri Sabah yang tidak diterima pakai ketika mendapatkan perkhidmatan kesihatan di hospital kerajaan.

Katanya surat penjelasan mengenai Surat Pekeliling Bahagian Kewangan Bilangan 1 Tahun 2014 – Garis Panduan Perlaksanaan Perintah Fi (Perubatan)(Kos Perkhidmatan) 2014 telah dikeluarkan hari ini kepada Pejabat Setiausaha Negeri Sabah, Pejabat Hal-Ehwal Anak Negeri Sabah dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah berkaitan dengan tafsiran dan penjelasan yang lebih terperinci.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan