Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sijil kemahiran penjara setaraf dengan institusi pengajian lain

 

Nora bersama-sama kakitangan dan para tetamu jemputan semasa Majlis Rumah Terbuka Penjara Wanita. – Foto Jimmy Tan / Sayangsabah
Nora bersama-sama kakitangan dan para tetamu jemputan semasa Majlis Rumah Terbuka Penjara Wanita. – Foto Jimmy Tan / Sayangsabah

KOTA KINABALU – Pihak Jabatan Penjara Wanita sentiasa menyediakan pelbagai kursus latihan kemahiran untuk para penghuni yang ditahan di pusat itu bagi membantu mereka mendapatkan pekerjaan apabila dibebaskan selepas tamat menjalani hukuman.

Pengarahnya, Nora Musa berkata penghuni warga tempatan yang mengikuti latihan seperti jahitan pakaian atau pastri turut diberikan sijil daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) yang diiktiraf oleh kerajaan.

“Sijil Tahap Satu atau Dua yang disediakan oleh JPK itu adalah setaraf dengan sijil kemahiran yang disediakan oleh institusi kolej di luar,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Penjara Wanita di sini hari ini.

Katanya, pihak Jabatan Penjara juga sentiasa mencari peluang membantu mendapatkan pekerjaan sebelum seseorang penghuni itu dibebaskan.

“Oleh itu, masyarakat diharap akan bersikap lebih terbuka untuk menerima dan memberi peluang kepada bekas penghuni penjara terbabit mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian,” katanya lagi.

Sementara itu, beliau juga berkata pelbagai produk yang dihasilkan oleh penghuni penjara turut dijual kepada orang ramai melalui pusat jualan yang terdapat berhampiran ibupejabat Jabatan Penjara dan juga di pasar tani.

“Selain itu, pihak kami juga menyediakan perkhidmatan dobi atau menjahit pakaian daripada orang luar,” katanya lagi. – Oleh Nuzir Andi Samsiar / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan