Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

SIFF tampilkan kebudayaan berkonsepkan pahlawan dari 11 buah negara

1:40pm 15/06/2016 Leolerry Lajius 28 views Pelancongan,Tempatan,Warisan Budaya
Para peserta memperagakan pakaian dari koleksi penganjuran SIFF yang lalu.Gambar Oleh Alex Mairin

Para peserta memperagakan pakaian dari koleksi penganjuran SIFF yang lalu.Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Orang ramai dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan Sabah International Folklore Festival (SIFF) yang akan diadakan pada 24 hingga 30 Julai depan bertempat di Pusat Kebudayaan Sabah Penampang.

Program bertaraf antarabangsa kali ke-11  yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar melalui Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah ini bertujuan untuk mempromosikan pelancongan bersaskan kebudayaan dengan tema yang dipilih adalah berkonsepkan pahlawan.

Menurut Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah Datuk Seri Panglima Wences Angang, sebanyak 11 buah negara yang akan mengambil bahagian dalam program ini termasuk Malaysia.

“Kita berharap agar orang ramai akan datang memeriahkan program ini kerana ia merupakan peluang keemasan bagi kita untuk melihat sendiri kebudayaan dari masyarat lain di luar negara tanpa perlu ke negara mereka,”katanya ketika ditemui media sempena pelancaran SIFF, di sini, hari ini.

Musa meletakkan bendera SIFF kepada salah satu kenderaan sambil diperhatikan oleh Wences(belakang) serta barisan pemimpin yang lain.Gambar Oleh Alex Mairin

Musa meletakkan bendera SIFF kepada salah satu kenderaan sambil diperhatikan oleh Wences(belakang) serta barisan pemimpin yang lain.Gambar Oleh Alex Mairin

Terdapat tiga program utama yang akan dipertontonkan kepada orang ramai iaitu KK City Folklore Parade pada 26 Julai bermula jam 2.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di Kota Kinabalu, Sabah Traditional Food ahad Handicraft Exhibition pada jam 25 hingga 30 Julai di Pusat Kebudayaan Sabah Penampang yang mana masuk adalah percuma.

International Folk Dance Competition pula akan diadakan pada 28 hingga 30 Julai di Pusat Kebudayaan Sabah Penampang dengan tiket adalah berharga RM30.00 bagi dewasa dan RM17.00 bagi kanak-kanak dan pelajar yang berumur 17 tahun ke bawah.

Orang ramai yang ingin mendapatkan tiket SIFF boleh mendapatkan tiket di Wisma Budaya, Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah yang boleh dihubungi di talian 088-268836/ 268808, Pusat Kebudayaan Sabah Penampang yang boleh dihubungi di talian 088-715464 serta Pusat Konservasi Balai Seni Lukis Sabah yang boleh dihubungi di talian 088-268748/ 268825 dan masa beroperasi adalah dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Pertandingan fotografi yang terbuka kepada semua jurugambar juga akan diadakan sempena SIFF dan borang penyertaan dan syarat pertandingan boleh menghubungi Rinah Lingom  di talian 088-268851/ 254958 dan untuk maklumat lanjut mengebai SIFF orang ramai boleh melayari laman web SIFF di siffborneo.com.

Majlis pelancaran SIFF telah dilancarkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman di perkarangan  bangunan Wisma  Innoprise hari ini.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Musa (tengah) mengambil gambar bersama barisan pemimpin yang hadir sempena majlis pelancaran SIFF.Gambar Oleh Alex Mairin

Musa (tengah) mengambil gambar bersama barisan pemimpin yang hadir sempena majlis pelancaran SIFF.Gambar Oleh Alex Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan