Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

SIFF promosikan pelancongan berasaskan kebudayaan

1:37pm 29/07/2016 Leolerry Lajius 21 views Pelancongan,Tempatan
Masidi beramah mesra bersama salah seorang wakil negara yang menyertai festival berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Masidi beramah mesra bersama salah seorang wakil negara yang menyertai festival berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Sabah International Folklore Festival (SIFF) yang bertemakan ‘Pahlawan’ mendapat sambutan meriah dari orang ramai sempena persembahan perdana festival itu semalam, di Pusat Kebudayaan Sabah.

Persembahan berkenaan dimeriahkan dengan penampilan persembahan daripada 11 buah negara yang mengambil bahagian dalam festival berkenaan

Barisan peserta yang menyertai festival berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Barisan peserta yang menyertai festival berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Turut hadir sempena persembahan perdana berkenaan, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Timbalan Pengerusi 1 SIFF 2016 merangkap Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Kamarlin Hj Ombi dan Timbalan Pengerusi 2 SIFF 2016 merangkap Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Wences Angang.

Wakil daripada Malaysia.-Gambar Oleh Alex Mairin

Wakil daripada Malaysia.-Gambar Oleh Alex Mairin

Program bertaraf antarabangsa kali ke-11  yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar melalui Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah ini bertujuan untuk mempromosikan pelancongan berasaskan kebudayaan.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Salah seorang peserta yang mewakili Thailand.-Gambar Oleh Alex Mairin

Salah seorang peserta yang mewakili Thailand.-Gambar Oleh Alex Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan