Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

SIFF jadi paltfrom pertukaran budaya

6:42pm 26/07/2016 Leolerry Lajius 14 views Pelancongan,Tempatan
Bahari (tengah) mengambil gambar bersama peserta yang mengambil bahagian dalam festival berkenaan.

Bahari (tengah) mengambil gambar bersama peserta yang mengambil bahagian dalam festival berkenaan.

KOTA KINABALU: Penganjuran Sabah International Folklore Festival (SIFF) yang akan diadakan sehingga 30 Julai menjadi platfrom pertukaran budaya bagi negara-negara yang mengambil bahagian dalam festival berkenaan.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai berkata, festival yang disertai oleh 11 buah negara termasuk Malaysia akan mempersembahkan tarian negara masing-masing yang secara tidak langsung akan mendorong kepada pertukaran budaya antara negara yang mengambil bahagian.

“Saya difahamkan bahawa seramai 210 orang peserta yang telah mengambi bahagian dalam festival ini dan kepada negara-negara yang mengambil bahagian saya mengucapkan terima kasih kerana memberikan sokongan terhadap festival ini,”katanya yang teks ucapan beliau dibacakan oleh Timabalan Ketua Pengarah Bahari Hj Hassan sempena perarakan peserta yang mengambil bahagian dalam festival itu, di sini, hari ini.

Tambah beliau, festival ini juga memainkan peranan sebagai agen pelancongan dan berharap akan dilaksanakan setiap tahun.

Program bertaraf antarabangsa kali ke-11  yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar melalui Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah ini bertujuan untuk mempromosikan pelancongan bersaskan kebudayaan dengan tema yang dipilih adalah berkonsepkan pahlawan.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan