Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SIDMA tawar Diploma Pengajian Islam

KOTA KINABALU : Kolej SIDMA Sabah mendatangani perjanjian dengan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) kelmarin untuk satu program kolaborasi, dimana bermula November tahun ini beberapa Diploma pengajian Islam KUIS akan mula ditawarkan di kampusnya di Jalan Bundusan Kota Kinabalu.

Majlis menandatangani Memorandum Perjanjian telah diadakan di Kompleks Tabung Haji Kota Kinabalu, dan disaksi oleh Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar merangkap menteri bertanggungjawab hal ehwal pendidikan di Sabah.

Menurut Pengerusi Kolej SIDMA Sabah, Dr. Morni Kambrie, terdapat  lima (5) Diploma KUIS telah dikenalpasti iaitu Diploma dalam Perguruan (Pengajian Al-Quran),  Diploma dalam Pengajian Islam (Al-Quran & Al Sunnah),  Diploma dalam Pengajian Islam (Dakwah)  Diploma Pengurusan Masjid dan
Diploma Pengurusan Tahfiz.

Dr Morni berkata proses permohonan kelulusan MQA dan Kementerian Pengajian Tinggi akan bermula sebaik perjanjian ni dimeterai.

Dalam ucapan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun,  menyambut baik hasrat Kolej Sidma membawa program-program KUIS ke Sabah supaya anak-anak Sabah yang mahu menyambung pelajaran peringkat Universiti tidak lagi perlu untuk pergi ke Semenanjung kerana tahap pengajaran dan pembelajaran adalah sama.

Beliau juga berkata pelajar-pelajar yang keluar daripada Sekolah Menengah Agama bolehlah melanjutkan pelajaran di Kota Kinabalu sahaja.

Tambah Masidi, jumlah Madrassah dan Tahfiz sudah bertambah di Sabah maka Kolej SIDMA boleh memainkan peranan untuk melengkapkan usaha kerajaan negeri Sabah dan memain peranan untuk menambah graduan bidang agama Islam dimasa akan datang.

Kolej SIDMA diwakili oleh Ketua Eksekutif Azizah Khalid Merican dan Ahli Lembaga Pengarah Azlina Ngatimin, manakala KUIS diwakili oleh Rektor KUIS iaitu Profesor Dato Dr. Ab Halim Tamuri dan timbalannya, Dr.Syukri Abdul Rahaman serta Mufti negeri Sabah Datuk Bungsu Sziz Jaafar wakil.Jabatan Pendidikan Sabah./SayangSabah

Datuk Seri Panglima Masidi Manjun memerhatikan majlis menandatangani dokumen sambil ditemani oleh Pengerusi Sidma College Dr. Morni Kambrie, Ahli Lembaga Pengarah KUIS Dato Dr. Mujaini Tarimin dan Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor, Dato Bakhtiar Hussin.

Komen


Berita Berkaitan