Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,739

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

SIDMA anjur Fitness Carnival 2017

1:22pm 10/11/2016 Leolerry Lajius 65 views Kota Kinabalu,Tempatan

Kota Kinabalu : SIDMA College Sabah akan menganjurkan UNITAR-SIDMA FITNESS CARNIVAL yang akan berlangsung selama dua hari pada 4 dan 5 Februari 2017 akan datang.

Pelancaran karnival ini telah diadakan di Atrium SIDMA Kolej dan telah dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah SIDMA College, Dr Morni Kambrie.

SIDMA College dengan kolaborasi UNITAR International University sekali lagi akan bekerjasama dengan KK Event House Sdn Bhd dan juga Lembaga Sukan Negeri Sabah (LSNS) bagi menjayakan program tersebut.

Karnival tersebut bertujuan untuk membudayakan amalan hidup sihat dalam kalangan masyarakat, karnival ini juga bertujuan untuk mengumpul dana bagi Pertubuhan Anak Yatim yang baru bertapak di sini iaitu Rumah Anak Yatim Al-Mughni Penampang.

Dr. Morni menyeru agar orang ramai mendaftar dan menyertai program ini dengan membawa ahli-ahli keluarga  untuk bersama-sama menyertai sambil beramal.

Acara kemuncak program ini adalah UNITAR-SIDMA Charity Fun Run, di mana larian amal 10KM boleh disertai oleh orang ramai dengan yuran penyertaan sebanyak RM70 sahaja. Pendaftaran awal (early bird) dengan yuran pendaftaran sebanyak RM60 di buka bermula pada hari ini dan berakhir pada 31 Disember 2016. Yuran berdaftar berkumpulan adalah sebanyak RM60 seorang dengan minimum 10 orang dalam satu kumpulan.

Selain daripada larian amal, antara program lain yang turut diadakan pada hari pertama karnival adalah seperti SIDMA K1 Kickboxing Amateur Competition, SIDMA Fitness Explorace, Dart Double Competition, Battle of the Band, Fitness Dance, pameran, gerai jualan dan banyak lagi acara menarik. Saringan bagi pertandingan-pertandingan ini akan diadakan pada 4 Februari 2017 manakala pertandingan akhir akan berlangsung pada 5 Februari 2017. Dr Morni mensasarkan seramai 4,000 peserta akan menyertai karnival ini.

Semasa perasmian itu, Dr Morni turut mengumumkan para penaja yang bermurah hati untuk menaja FTINESS CARNIVAL 2017 ini. Diantaranya adalah100 Plus sebagai minuman rasmi danKK Event House Sdn. Bhd. (Mohammad Syahrizal Rico Izhar) sebagai pembekal rasmi kanopi dan pentas utama dan juga Syarikat dari Melaka, KS Sports & Gifts sebagai pembekal rasmi bagi T-shirt pelari.

Sesiapa yang berminat untuk menyertai atau memerlukan maklumat lanjut mengenai program ini, anda bolehlah menghubungi Encik Budysam di talian 016-841 5199  atau Puan Salumah di 010-318 7988.

Turut hadir dalam pelancaran ini, Mohammad Syarizal Rico Izhar (KK Event House Sdn Bhd), Johan Julian Lee Abdullah (Fight Fest) bagi kickboxing dan Mustazza Ardimanshyam Bin Othman Khan bagi pihak Online FM, penyelaras Battle of the Band serta penaja minuman rasmi Valerian Hansen Petrus bagi 100 plus.

Orang awam yang berminat boleh mendaftar secara ‘online’ dan memuat turun borang di www.unitarsidmarun.com atau melalui pautan Facebook ‘unitarsidmacharityfunrun’./SayangSabah

Dr morni memegang logo Carnival Fitness semasa pelancaran kelmarin di SIDMA College di saksikan oleh CEO dan Direktor SIDMA College kelmarin.

Dr morni memegang logo Carnival Fitness semasa pelancaran kelmarin di SIDMA College di saksikan oleh CEO dan Direktor SIDMA College kelmarin.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan