Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,510

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sidang Dun Ke-14 terima 150 soalan

5:38pm 28/03/2017 Elezebeth Esther Onjining 94 views Kota Kinabalu,Laporan Sidang DUN,Tempatan

Tun Juhar (tengah) bergambar kenangan bersama, Syed Abas (kiri), Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Johnny Mositun serta rombongan.

KOTA KINABALU: Sebanyak 150 soalan dikemukakan kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi sesi soal jawab pada Penggal ke-5 Sidang DUN ke-14 pada 6 April depan.

Speaker DUN, Datuk Seri Panglima Syed Abas Syed Ali, berkata, soalan-soalan yang dikemukakan lebih menjurus kepada ​isu ​pembangunan ekonomi negeri.

“Soalan-soalan yang dikemukakan lebih menjurus kepada ekonomi dan masalah rakyat Sabah antaranya bagaimana cara agar pendapatan negeri ini ditambah menggunakan sumber yang ada dan daripada pegangan negeri Sabah, hasil dari tanah serta minyak yang akan dapat pada masa-masa akan datang.

“Walau bagaimanapun, tidak semua soalan akan dijawab, mungkin lima hingga lapan soalan sahaja akan ditanya sehari bermula 10 pagi hingga 11 pagi,” katanya.

Syed Abas berharap lebih banyak idea-idea yang baru, cadangan pelaksana​a​n dan permintaan-permintaan kepada kerajaan persekutuan untuk masa depan Sabah akan dikemukakan.

Beliau berkata, setiap masalah yang timbul pasti ada jalan penyelesaiannya dan kerana itulah Sabah memerlukan pemikir-pemikir untuk mencari jalan bagi menyelesaikan setiap masalah yang berbangkit.

Tambahnya lagi, pihak pentadbiran DUN ber​siap sedia 100 peratus untuk mengendalikan persidangan tersebut.

Syed Abas berkata demikian selepas mengunjungi Yang Dipertua Negeri, Tun Haji Juhar Datuk Mahiruddin pagi tadi di Istana Negeri bagi menjemput Tun Juhar merasmikan Pembukaan DUN Sabah yang ke-14 nanti.

Syed Abas turut menjelaskan tiada keperluan untuk diadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) ​di ​DUN Tungku​.​

“Perkara ini adalah berdasarkan undang-undang yang telah mengatakan secara terang, bahawasanya sekiranya Ahli Dewan Undangan Negeri​ itu meninggal selepas 36 bulan, maka pilihan raya kecil tidak akan di adakan, tidak perlu memandangkan ianya adalah Rahsia Terbuka (Open Secret) dan katanya lagi, beliau akan mendapat pencen. Cukup 36 bulan, masa yang cukup. Tidak perlu pilihan raya kecil,” terangnya kepada media.

Selain itu, Syed Abas turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan persekutuan di atas peruntukan sebanyak RM20 juta bagi tujuan mengukur tanah-tanah adat baru-baru ini.-Penerangan

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan