Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sidang Dewan Rakyat Ke-13 Tamat, Tunggu PRU14

KUALA LUMPUR – Sidang Dewan Rakyat ke-13 ditangguhkan pada tengah hari ini, menamatkan persidangan Parlimen sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Laporan media sebelum ini menjangka Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan membubarkan Parlimen menjelang hari Jumaat, 6 April.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dalam ucapan penutupnya mengucapkan terima kasih kepada semua ahli Parlimen kerana memberikan kerjasama.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut mengucapkan terima kasih kepada Speaker dan seluruh pentadbiran Parlimen kerana menjalankan tugas dengan baik.

Sesi Parlimen kali ini bersidang selama 20 hari sejak Mac lalu, ketika suasana pilihan raya semakin ditunggu-tunggu.

PRU perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Parlimen.

Parlimen akan terbubar secara automatik pada 24 Jun jika tidak dibubarkan sebelum itu. – mynewshub

Komen


Berita Berkaitan