Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Siasatan serangan seksual pegawai kanan polis diteruskan

KOTA KINABALU: Polis telah mengambil beberapa laporan berhubung dakwaan seorang pegawai kanan polis di negeri ini yang didakwa melakukan serangan seksual ke atas beberapa anggota polis.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din yang akan berpindah tugas ke Bukit Aman berkata, pegawai itu telah pun ditukarkan ke Ibu pejabat Polis Kontinjen Sabah (IPK) dan siasatan terhadap kes ini sedang dijalankan.

“Terdapat beberapa laporan yang kita terima, tetapi disebabkan kes ini masih dalam siasatan, jika ada lagi laporan mengenainya, kita belum tahu. Kes ini sedang kita siasat.

“Sekiranya pegawai ini didapati bersalah dia akan diambil tindakan,” kepada pemberita selepas Majlis Serah Tugas Pesuruhjaya Polis Sabah di Auditorium Ibu pejabat Polis Kepayan (IPK) Sabah di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas perkembangan siasatan ke atas pegawai kanan polis di Sabah yang didakwa melakukan serangan seksual terhadap enam anggota polis termasuk seorang anggota Rela baru-baru ini.

Dalam pada itu, Ramli berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah telah berjaya menurunkan kadar jenayah di negeri ini sebanyak 3.28 peratus atau 128 kes sejak Januari sehingga 31 Ogos lalu.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut polis telah berjaya menyelesaikan kira-kira 66 peratus kes yang dilaporkan.

“Daripada kajian yang kita lakukan, kita dapati bahawa jenayah curi merupakan jenayah yang telah memberi sumbangan terbesar kepada kedudukan indeks jenayah di Sabah iaitu sebanyak 45 peratus daripada keseluruhan jenayah indeks di negeri ini.

“Kita juga mendapati jenayah curi ini mempunyai kaitan yang tinggi dengan aktiviti penyalahgunaan dadah. Oleh yang demikian, tumpuan PDRM Sabah dalam usaha untuk menangani jenayah ini telah diambil termasuk strategi serampang dua mata,” katanya.

Ramli berkata, sehingga 31 Ogos tahun ini, seramai 9,007 orang telah diberkas atas pelbagai kesalahan dadah berbanding dengan hanya 6,725 tangkapan dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Tambah beliau lagi, kebanyakan tangkapan itu adalah kes-kes kesalahan dadah yang kecil iaitu memiliki dadah yang dikategorikan sebagai kes-kes permintaan.

Mengenai kes rampasan dadah pula, Ramli berkata, sebanyak 55 kilogram (kg) dadah dirampas pada tahun lalu manakala setakat 31 Ogos ini, sebanyak 23.5 kg dadah dirampas pihak berkuasa polis. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan