Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Siasatan projek air Sabah: 19 jurutera ditahan, RM2.4j dirampas

sprm

KOTA KINABALU: Siasatan terhadap kes rasuah projek air di Sabah diperluaskan menerusi penahanan 19 jurutera dan rampasan RM2.4 juta dalam operasi di beberapa lokasi di negeri ini semalam.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, penahanan berkenaan membabitkan jurutera daerah dan jurutera bahagian.

Penyiasat SPRM berkata, sejumlah RM2.4 juta dirampas daripada beberapa yang ditahan di 27 lokasi di seluruh negeri.

“Mereka dipercayai memperoleh sejumlah wang daripada projek yang dilaksanakan jabatan terbabit dan kita turut merampas beberapa dokumen berkaitan untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Azam Baki, mengesahkan penahanan terbabit namun enggan mengulas lanjut selain meminta semua pihak tidak mempolitikkan perkara itu.

Awal bulan ini, SPRM menahan empat suspek termasuk pengarah dan timbalan pengarah sebuah jabatan kerajaan negeri ini kerana disyaki mengagihkan projek infrastruktur yang dibiayai kerajaan Persekutuan kepada syarikat dimiliki saudara-mara mereka.

Turut ditahan ialah bekas timbalan pengarah di jabatan sama kerana turut disyaki terbabit dalam kes itu, manakala dua lagi suspek ialah ahli perniagaan berpangkat Datuk dan akauntan.

Bagaimanapun, kelima-lima suspek dibebaskan daripada tahanan reman dengan jaminan SPRM. – BH Online

Komen


Berita Berkaitan