Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Siasatan Nahas QZ8501 Diketahui Ogos Ini

aa

JAKARTA – Indonesia akan mengumumkan keputusan siasatan akhir berhubung nahas pesawat AirAsia QZ8501 yang terhempas tahun lalu pada Ogos ini.

Pesawat Airbus A320-200 ditemui terhempas di Laut Jawa pada 28 Disember tahun lalu akibat cuaca buruk semasa dalam penerbangan dari bandar Surabaya menuju Singapura dengan mengorbankan kesemua 162 penumpang dan anak kapal dalam penerbangan tersebut.

“Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSC) yang bertanggungjawab menjalankan siasatan berjanji akan mengumumkan keputusan laporan menjelang Ogos ini,” kata Menteri Pengangkutan Indonesia, Ignasius Jonan (gambar kecil) kepada agensi berita AFP.

Ignasius dalam pada itu mengingatkan semua pihak yang terlibat dalam penyiasatan termasuk pengeluar pesawat Airbus dan AirAsia supaya menerima keputusan jawatankuasa serta dan tidak campur tangan dalam siasatan itu.

“Saya telah mengarahkan NTSC bahawa laporan yang dibuat mestilah bebas dan telus,” kata Ignasius.

Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dalam pada itu memberitahu, penyiasatan yang dijalankan sebagai salah satu usaha untuk mencegah kemalangan udara pada masa depan.

Pihak kementerian sehingga hari ini enggan mendedahkan apa-apa maklumat berhubung siasatan sehingga laporan akhir penyiasatan dikeluarkan.

Setakat ini, NSTC telah dapat mengenal pasti punca yang berlaku ke atas pesawat QZ8501 itu sehingga saat pesawat malang berkenaan dilaporkan terhempas.

Siasatan setakat ini juga mengesahkan pembantu juruterbang warga Perancis, Remi Plesel telah mengendalikan pesawat semasa penerbangan dan bukannya juruterbang, Iriyanto.

Siasatan turut mendapati pesawat itu telah meningkatkan ketinggian penerbangan secara mendadak dari 32,000 meter kepada 37,000 meter dalam masa 30 saat untuk mengelakkan ribut petir, namun menurun kembali kepada paras 32,000 meter sebelum terhempas ke Laut Jawa.

Setakat ini, sebanyak 100 mayat mangsa telah berjaya ditemui dan sebahagian badan bangkai pesawat telah dibawa naik.

Menurut garis panduan di bawah ICAO, negara yang menjalankan penyiasatan hendaklah mengemukakan laporan akhir siasatan dalam masa setahun selepas kejadian. – AFP

Komen


Berita Berkaitan