Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Siasatan Kes Culik Singamata Selesai – KPN

culik

KOTA KINABALU: Warga Filipina Marcy Dayawan, 40, yang sebelum ini ditahan bagi membantu siasatan kes culik di Pulau Singamata, Semporna awal April lepas sudah dihantar pulang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata siasatan berhubung kemungkinan pembabitan wanita itu dalam kes berkenaan juga sudah selesai.

“Dia sudah dihantar pulang ke Filipina. Saya tidak mahu komen pasal siasatan itu,” katanya dalam sidang media, di sini, Selasa.

Menurut Khalid pihaknya kini bekerjasama dengan pihak berkuasa Filipina bagi mengambil tindakan terhadap penculik yang terbabit dalam kes itu.

Pada 2 April lepas, sekumpulan tujuh lelaki bersenjata telah menculik pelancong warga China Gao Hua Yuan, 29 dan Dayawan, yang bekerja di Singamata Adventures and Reef Resort, kira-kira 10.30 malam.

Kedua-duanya dibebaskan pada hujung bulan lepas.

Ditanya mengenai kes penculikan seorang pengurus syarikat pusat penternakan ikan di Pulau Baik, Lahad Datu pada awal pagi 6 Mei lepas, beliau berkata mangsa Yang Zai Lin, 34, dari Guangzhao, China dalam keadaan selamat dan pihaknya sedang berusaha untuk membebaskan mangsa tersebut.

Komen


Berita Berkaitan