Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,803

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Siasat video IS

11:38am 04/02/2016 Pak Roshan 8 views Global
SEDUTAN Video menunjukkan sekumpulan anggota IS Indonesia menyeru rakyat negara itu menyertai perjuangan mereka.

SEDUTAN Video menunjukkan sekumpulan anggota IS Indonesia menyeru rakyat negara itu menyertai perjuangan mereka.

Jakarta: Polis Indonesia akan menyiasat beberapa video propaganda yang disebarkan kumpulan militan Negara Islam (IS) melalui Internet.

Pengarah Badan Nasional Antipengganas (BNPT), Saud Usman Nasution berkata, beberapa video propaganda berkenaan kini dipantau pihak berkuasa.

Katanya, video propaganda itu dipantau dan disiasat bagi memastikan ketulenan dan dari mana asalnya.

“Semua video berkenaan disiasat oleh jabatan jenayah siber polis Indonesia kerana ia bukan kepakaran BNPT.

“Jabatan jenayah siber ada pasukannya khas sendiri tetapi kes ini masih di bawah bidang kuasa polis,” katanya yang dipetik portal kompas.com kelmarin.

Ujarnya, video berkenaan mengandungi ancaman terhadap Indonesia, polis dan pegawai kerajaan.

Pihak berkuasa percaya video itu disiarkan oleh IS.

Kumpulan militan berkenaan baru-baru ini turut menyiarkan satu video ancaman terhadap kerajaan Malaysia yang kini meningkatkan operasi memburu dan menahan anggota IS.

Dalam video berbahasa Malaysia itu, kumpulan IS Malaysia-Indonesia yang dikenali sebagai Katibah Nusantara mengancam membalas dendam terhadap penangkapan anggota mereka.

Video yang bertajuk Mesej Awam Kepada Malaysia itu memberi amaran supaya aktiviti mereka tidak diganggu pihak berkuasa.

“Sekiranya kamu menangkap kami, ia akan menambah jumlah anggota kami.

“Namun, jika kamu tidak mengganggu kami, kami semakin hampir kepada matlamat kami iaitu mengembalikan pemerintah khalifah,” kata video berkenaan. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan