Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,697

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Siasat polis keterlaluan

8:43am 15/12/2015 Pak Roshan 4 views Global
GAMBAR pada hari kejadian, 23 November lalu.

GAMBAR pada hari kejadian, 23 November lalu.

Baitulmaqdis: Pihak berkuasa Israel memulakan siasatan terhadap seorang anggota polisnya yang menembak mati seorang gadis Palestin berusia 16 tahun ketika serangan tikaman di sini, bulan lalu.

Kementerian Kehakiman dalam satu kenyataannya berkata, mereka mengkaji sama ada polis itu menggunakan kekerasan melampau ketika menghalang serangan dua remaja perempuan Palestin.

Dalam kejadian 23 November lalu, dua gadis berusia 14 dan 16 tahun menikam dan mencederakan lelaki berusia 70 tahun dengan gunting sebelum ditembak polis berkenaan.

Menurut kementerian itu, Peguam Negara meminta siasatan dijalankan selepas timbul dakwaan polis itu menembak remaja terbabit selepas gadis itu ditahan.

Ketika soal siasat pegawai itu berkata, dia percaya remaja terbabit masih berbahaya.

Kejadian itu dirakam menggunakan kamera keselamatan yang diserahkan kepada media. Rakaman juga menunjukkan gadis yang lebih muda cedera.

Sementara itu, dalam serangan terbaru, tentera Israel menembak seorang remaja perempuan Palestin yang didakwa cuba menikam pejalan kaki di Tebing Barat.

Menurut tentera, remaja itu dibawa ke hospital di Baitulmaqdis.

Kejadian berlaku pada Ahad di Hebron, yang kerap dilanda keganasan. Ratusan penjajah Israel tinggal di kawasan dikawal ketat di situ, yang juga dihuni 270,000 penduduk Plaestin.

Sementara itu, tentera Yahudi melepaskan tembakan balas terhadap dua pos tentera Hamas awal semalam bagi membalas tindakan kumpulan itu melancarkan roket di kawasan terbuka di selatan Israel.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan. – AP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan