Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Siasat penglibatan The Edge dalam isu 1MDB: Zulkarnain

Zulkarnain (tengah) menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat di Ibupejabat Polisnl Daerah Kota Kinabalu. - Foto Jimmy Tan / Sayangsabah
Zulkarnain (dua dari kiri) menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat di Ibupejabat Polisnl Daerah Kota Kinabalu. – Foto Jimmy Tan / Sayangsabah

KOTA KINABALU – Pakatan NGO Pro BN hari ini membuat laporan polis bagi menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap kemungkinan penerbit The Edge, Ho Kay Tat dan Pengerusinya Datuk Tong Kooi Ong turut terlibat dalam isu berkaitan pemalsuan dokumen 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Presidennya, Zulkarnain Mahdar berkata kedua-dua individu berkenaan yang sebelum ini mengaku pernah bertemu dengan bekas eksekutif PetroSaudi Xavier Andre Justo, ternyata mempunyai niat jahat terhadap Kerajaan selepas secara berterusan menyiarkan artikel berkaitan dokumen 1MDB yang dipercayai telahpun diubahsuai.

“Pendedahan yang dibuat oleh bekas editor Sarawak Report, Lester Melanyi berhubung pemalsuan isi kandungan dokumen 1MDB yang kemudian disiarkan oleh Sarawak Report dan juga The Edge, harus dijadikan sebagai sandaran untuk polis menyoal siasat Tong Kooi Ong dan Ho Kay Tat,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Balai Polis Karamunsing di sini hari ini.

Katanya, laporan tidak berasas yang disiarkan dalam media tersebut mengakibatkan reputasi pemimpin kerajaan tercalar dan boleh menjejaskan ekonomi negara.

Beliau juga percaya bahawa tindakan media berkenaan menerbitkan artikel tersebut bermotifkan politik.

Tong Kooi Ong dan Ho Kay Tat dalam satu kenyataan sebelum ini mengakui telah memperdaya Justo untuk membayar sejumlah wang bagi mendapatkan maklumat mengenai projek usahasama 1MDB dengan PetroSaudi International Limited.

“Ya kami memperdayakan dia.. Tetapi itu sahaja cara untuk mendapatkan bukti bagi mendedahkn bagaimana sekumpulan kecil warga Malaysia dan asing menipu rakyat Malaysia membabitkan AS$1.83 bilion,” Kooi Ong dilaporkan sebagai berkata dalam kenyataan yang disiarkan oleh akhbar tenpatan semalam.

Sementara itu, Zulkarnain juga berkata seramai empat orang wakil Pakatan NGO Pro BN akan berlepas ke Bangkok pada Selasa ini untuk membuat aduan secara rasmi kepada pihak berkuasa Thailand terhadap dakwaan kemungkinan wujudnya kerjasama di antara Justo dengan pihak atasan The Edge.

“Kami juga akan menghantar salinan laporan dan bukti urus niaga antara Tong Kooi Ong, Ho Kay Tat dan Justo, kepada pengurusan PetroSaudi,” katanya lagi.

Justo kini sedang ditahan oleh pihak berkuasa Thailand di atas tuduhan jenayah ugutan dan mencuri maklumat sulit PetroSaudi.

Komen


Berita Berkaitan