Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,667

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Siasat Maklumat Sebelum Percaya – Salleh Said Keruak

8:39am 29/12/2015 Pak Roshan 29 views Mutakhir,Nasional
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak, - Foto BERNAMA

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak, – Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR : Masyarakat perlu meningkatkan tahap kesedaran mereka untuk menyiasat dan menapis maklumat supaya tidak mudah terpedaya dengan kemunculan sesuatu maklumat yang belum pasti kesahihannya.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata tapisan maklumat adalah penting sebelum ia boleh dipanjangkan kepada pihak ketiga.

“Hari ini, sudah menjadi satu kecenderungan dalam masyarakat kita untuk memanjangkan atau berkongsi setiap maklumat yang diterima menerusi media sosial seperti Facebook atau Whatsapp, tanpa menyiasat dan meneliti kesahihannya terlebih dahulu,” katanya dalam catatan terbaharu blog beliau, sskeruak.blogspot.com, hari ini.

Sambil mengambil contoh aplikasi mudah dalam telefon bimbit, beliau berkata amat mudah bagi seseorang untuk memanjangkan maklumat yang diterima kepada pihak lain, sama ada individu atau kumpulan.

“Bayangkan kalau dalam satu kumpulan itu terdapat 50 orang, maka sepantas itu juga maklumat tersebar kepada 50 orang itu sedangkan belum pasti kebenarannya,” katanya.

Salleh berkata banyak kes tidak sahih tersebar dan menjadi viral sebelum disahkan kebenarannya, dan ia perlu dihentikan kerana boleh mencetuskan kegusaran dan panik dalam masyarakat.

“Kita jangan hanya bergantung kepada satu sumber. Banyak kaedah dan cara tapisan. Antaranya, boleh merujuk sumber atau platform lain sebagai alternatif.

“Contohnya, agensi berita rasmi kerajaan, media arus perdana atau, jika kes berkaitan kemalangan atau jenayah, rujuk kepada agensi keselamatan seperti polis,” katanya.

Salleh turut mengingatkan tentang pentingnya setiap maklumat disemak dan ditapis terlebih dahulu sebelum mempercayainya atau membuat apa-apa rumusan.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan