Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Siasat kejadian kedua kebakaran di Kampung Bangau-Bangau

Keadaan keluarga mangsa kebakaran ditempatkan di Dewan Masyarakat Semporna.
Keadaan keluarga mangsa kebakaran ditempatkan di Dewan Masyarakat Semporna.

SEMPORNA – Pihak berkuasa diminta menjalankan siasatan terperinci mengenai kejadian kedua kebakaran di Kampung Bangau-Bangau di sini, kerana dikhuatiri berpunca akibat perbuatan khianat.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya, Datuk Ramlee Marhaban, beliau menjelaskan agak luar biasa apabila rumah penduduk di kampung air itu mengalami kejadian kebakaran secara berturut-turut cuma dalam masa 11 hari.

“Kejadian dua kebakaran besar dalam masa 11 hari ini merupakan suatu yang mengejutkan kita semua. Sebab itu, kita minta Pegawai Daerah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Daerah dan polis menjalankan siasatan rapi terhadap musibah ini.

“Kita bimbang ada pihak tidak bertanggungjawab yang melakukan perbuatan khianat kerana kebakaran itu berlaku dalam masa yang begitu singkat,” katanya ketika ditemui semasa melawat mangsa kebakaran di Dewan Masyarakat, Semporna, di sini hari ini.

Ramlee Marhaban (dua dari kiri) melawat kawasan tapak kebakaran kedua bersama beberapa pegawai.
Ramlee Marhaban (dua dari kiri) melawat kawasan tapak kebakaran kedua bersama beberapa pegawai.

Kejadian kebakaran kedua Kampung Bangau Bangau membabitkan 64 buah rumah dengan 75 Ketua Isi rumah dan 461 jumlah mangsa kebakaran.

Kebakaran di perkampungan atas air itu merupakan yang kedua dalam tempoh 11 hari, selepas kejadian sama pada 25 Mac lalu apabila sebanyak 233 buah rumah melibatkan lebih 2,600 penghuni kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran.

Ramlee yang juga Pembantu Menteri Kewangan negeri berkata, pihak berkuasa perlu menjalankan siasatan daripada semua sudut kemungkinan memandangkan kejadian seperti itu agak luar biasa sekali.

“Kita juga minta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta penduduk memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan mengenai kejadian itu,” ujarnya.

Tambah beliau, pihak berkaitan juga kini sedang dalam proses menyalurkan bantuan kepada mangsa terlibat termasuk mengagihkan bantuan wang ihsan sebanyakRM500, manakala Pejabat Daerah pada masa ini sedang menyenaraikan nama mangsa yang terlibat. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan