Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,662

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Siasat Habis 2 Pegawai Disyaki Terlibat Rasuah

pairin

KOTA KINABALU – Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata Kementerian Pembangunan Infrastruktur yang diterajuinya akan menyiasat secara menyeluruh dua daripada pegawainya yang disyaki terlibat dalam rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Beliau berkata kementerian itu akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan kes itu.

Pairin berkata beliau amat terkejut apabila mendengar berita dan gambar penangkapan itu, yang disebarkan di dalam media sosial.

“Saya faham sejumlah RM3.3 bilion projek persekutuan adalah di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, yang bukan dikendalikan kementerian di bawah saya,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata peruntukan itu disalurkan terus kepada Jabatan Air Sabah sebagai agensi pelaksana tanpa pengetahuan kementeriannya.

Menurut beliau pemerolehan projek dan pembayaran dikendalikan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Jabatan Air Sabah.

“Berikutan perkembangan ini, kementerian saya akan membuat kajian dan mencadangkan satu sistem laporan yang sesuai, yang akan melibatkan kementerian (pembangunan infrastruktur),” katanya.

SPRM dilaporkan merampas RM114.5 juta daripada serbuan di pejabat dan rumah tertuduh.

Dalam sidang akhbar Isnin lepas, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki berkata kes itu merupakan kes rampasan terbesar dalam sejarah SPRM melibatkan penjawat awam. -BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan