Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Majlis Daerah Keningau diminta kekal rekod prestasi cemerlang

GABUNGAN BARU DAN LAMA… Ahli-ahli Majlis Daerah Keningau sesi 2015/2016 bergambar kenangan bersama-sama Pairin (duduk tengah) selepas majlis angkat sumpah jawatan. – foto Kalawon Sawing / Sayangsabah

KENINGAU: Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berharap Majlis Daerah Keningau dapat mengekalkan rekod prestasi cemerlang yang dicapai sepanjang tiga tahun berturut-turut sejak 2012.

“Saya berharap agar pihak Majlis dapat mengekalkan rekod tersebut dan terus meningkatkan lagi prestasi pada tahun ini dan juga di masa hadapan,” katanya semasa berucap dan menyaksikan upacara angkat sumpah dan penyampaian watikah perlantikan Ahli Majlis Daerah Keningau sesi 2015/2016 di sini semalam.

Katanya, anugerah yang diterima MDK selama tiga tahun berturut-turut bermula 2012 hingga tahun lepas merupakan hasil komitmen yang tinggi dari semangat kerjasama di antara ahli Majlis dengan agensi dan jabatan kerajaan negeri dan persekutuan.

“Kerjasama itu perlu dikekalkan dan ditingkatkan dengan memberi tumpuan kepada aspek kebersihan dan keindahan sekaligus menjadikan Keningau sebagai sebuah bandar contoh yang terbaik di kawasan pedalaman negeri ini,” katanya lagi.

Seramai 19 daripada 20 Ahli Majlis Daerah mengangkat sumpah jawatan bagi tempoh 2015/2016 di hadapan Pengerusi Majlis Daerah yang juga Pegawai Daerah, Yusop  Osman yang berlangsung di sini, semalam.

Majlis angkat sumpah itu turut menyaksikan tujuh muka baru dilantik ke jawatan tersebut iaitu Datuk Justin Guka, Kennedy Datuk John, Nik Nadzri Nik Zawawi, Amir Haji Jani, Pang Shu Kin @ Pang Shu Hin, Hadimin Jamburi dan Ang Lui Meng.

Manakala, ahli Majlis Daerah yang dikekalkan ialah Datuk Dr Bernard S Maraat, Azman Haji Ruslan, Datuk Daniel Kinsik, Annuar Datuk Ayub, Vincent Lee @ Lee Yung Soon, Alfian Koroh, Kapitan Liew Ket Lim @ Osman Liew, Sahanip Jamil, Puan Dolores Umbol dan Chee Sik Lai. – Oleh KALAWON SAWING / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan