Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,815

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Siasat dakwaan 7 nelayan diculik

9:34am 28/09/2016 Pak Roshan 2687 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

esscom 2

Kota Kinabalu: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) sedang mengenal pasti maklumat berhubung kes penculikan terbaru membabitkan tujuh nelayan di perairan daerah Semporna dan Lahad Datu, petang tadi.

Komander ESSCOM, Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, setakat ini, tiada sebarang maklumat mengenai kesahihan maklumat berkenaan dan siasatan komprehensif masih giat dijalankan.

“Saya tidak boleh mengesahkan mengenai perkara ini sehingga mendapat maklumat yang sahih.

“Kita akan mengenal pasti sebarang laporan berhubungnya terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Difahamkan, tujuh nelayan termasuk seorang pemilik bot disyaki diculik di perairan berkenaan oleh sekumpulan lelaki yang dipercayai daripada Selatan Filipina.

Susulan itu, ESSCOM mengetatkan kawalan dan menjalankan pemantauan rapat di perbatasan negara termasuk perairan di pantai timur.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun ketika dihubungi berkata, sehingga kini pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat berhubung kejadian penculikan terbaru itu. – myMetro Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan