Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,415

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Siar bunuh secara langsung di FB

9:44am 17/04/2017 Pak Roshan 3828 views Global

Petikan video Steve Stephen, 37, (kiri) menembak mati seorang lelaki tua yang disiarkannya secara langsung di FB, semalam.

Cleveland, Ohio: Polis sedang memburu seorang lelaki yang menyiarkan dirinya membunuh seorang lelaki secara langsung di Facebook (FB), semalam, serta mendakwa melakukan banyak lagi pembunuhan.

Reuters melaporakan, polis yang mengesahkan perkara itu berkata, suspek dikenali sebagai Steve Stephens menyiarkan pembunuhan itu dalam Facebook Live. “Suspek menyiarkan insiden pembunuhan di Facebook Live dan mendakwa mengaku melakukan pelbagai pembunuhan lain yang belum disahkan,” kata polis di Twitter ketika memburu Steve Stephens.

Video itu menunjukkan lelaki berusia 37 tahun itu yang memandu SUV Ford Fusion, menghampiri seorang lelaki tua di jalanan dan melepaskan tembakan.

Menurut AFP, dalam siaran FB Live selepas kejadian itu, Stephens mendakwa sudah membunuh 15 orang dan polis sedang berusaha mengesahkannya.

Lelaki itu yang dipercayai berkerja sebagai pengurus penjagaan kesihatan, juga menulis ‘dia kini tidak keruan’ dan menyalahkan seorang wanita, Joy Lane, dengan tindakannya membunuh, dipercayai bekas pasangannya.

 Menurut Stephens dia akan berhenti membunuh jika wanita itu atau ibunya menghubunginya. Lane dikatakan bekas anggota tentera udara dan mereka menjalin hubungan selama tiga tahun. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan