Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Siap sedia hadapi sebarang bencana alam

Tan Sri Joseph Kurup menyampaikan cenderahati kepada pengamal-pengamal media pada majlis berbuka puasa bersama media di Kota Kinabalu. Foto Ille Tugimin/SayangSabah
Tan Sri Joseph Kurup menyampaikan cenderahati kepada pengamal-pengamal media pada majlis berbuka puasa bersama media di Kota Kinabalu. Foto Ille Tugimin/SayangSabah

KOTA KINABALU- Orang ramai dinasihatkan agar terus bersiap sedia akan sebarang kemungkinan bencana alam yang melanda tanpa diramal.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Datuk Joseph Kurup berkata, persediaan adalah penting untuk kepentingan keselamatan diri masing-masing.

Dalam pada itu beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menghulurkan bantuan kepada mangsa gempa bumi dan banjir lumpur di Ranau baru-baru ini.

“Melalui musibah yang melanda Sabah pada baru-baru ini kita dapat melihat kerjasama dan kesatuan padu  daripada banyak pihak dalam menghulurkan bantuan kepada mangsa yang terjejas,” katanya ketika berucap dalam majlis Berbuka Puasa Bersama Media Sabah, di sini hari ini.

Menurutnya, kerjasama semua pihak dalam menghulurkan sumbangan mampu mengurangkan beban yang dirasai oleh mangsa yang mengalami musibah.

Beliau berharap agar kesatuan itu diteruskan demi perpaduan antara kaum di negara ini terjaga.- oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan