Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SIA raih anak yatim

Al-Yakin: Taren Sunil (dua, kiri) menyampaikan sumbangan kepada wakil Rumah Al-Yakin, Imam Fauzin Abdul Muin.
Al-Yakin: Taren Sunil (dua, kiri) menyampaikan sumbangan kepada wakil Rumah Al-Yakin,
Imam Fauzin Abdul Muin.

SANDAKAN: Penghuni Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Rumah Al-Yakin di sini telah diraikan dalam satu majlis berbuka puasa anjuran bersama empat buah pertubuhan iaitu Persatuan India Sandakan (SIA), Pemuda MIC Sabah, MIC Libaran dan Akademi Tenis Junior Manoharan.

Presiden SIA, Taren Sunil Manoharan yang mengetuai rombongan berkenan berkata, ia merupakan tradisi mereka untuk menyertai acara berbuka puasa bersama saudara muslim ketika bulan Ramadan.

Rombongan berkenaan membawa buah kurma, kuih-muih dan makanan untuk acara berbuka puasa selain menyampaikan sumbangan berupa barang keperluan harian, alat tulis dan duit raya kepada anak-anak yatim di pusat jagaan itu.

Rumah Al-Yakin yang diasaskan oleh Datin Hajah Aminah Mangusarra itu menempatkan anak- anak yatim di sekitar Sandakan dimana mereka dididik dari aspek kerohanian selain mendapat pendidikan di sekolah-sekolah biasa.

Taren Sunil menyanjung tinggi dan mengiktiraf peranan dan usaha murni yang dilaksanakan warga Rumah Al-Yakin dalam membantu anak-anak yang kurang bernasib baik.-AA/Sayangsabah

 

Komen


Berita Berkaitan