Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,668

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Si cilik tujuh bahasa

10:52am 22/10/2016 Pak Roshan 29 views Global
BELLA (kiri) menunjukkan bakatnya bercakap tujuh bahasa. - MailOnline

BELLA (kiri) menunjukkan bakatnya bercakap tujuh bahasa. – MailOnline

Moscow: Seorang kanak-kanak berusia empat tahun mengejutkan penonton apabila dia bercakap tujuh bahasa dengan fasih dalam satu rancangan televisyen.

Video Bella Devyatkina viral di seluruh dunia selepas dia dengan mudah berbual menggunakan bahasa berbeza.

Bella menyertai siri realiti televisyen Russia ‘Udivitelniye Lyudi’ (Manusia Menakjubkan), menarik perhatian juri di Moscow dengan kemahirannya bertutur dalam tujuh bahasa.

Selain bahasa ibundanya, Russia, kanak-kanak itu juga bercakap bahasa Inggeris, Jerman, Sepanyol, Perancis, Cina dan Arab.

Semua bahasa itu, kecuali Jerman, ialah bahasa rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Paling menakjubkan, Bella berkomunikasi menggunakan bahasa berkenaan untuk menjawab soalan berdasarkan kurikulum sekolah.

Ibu Bella, Yulia berkata, dia mula mengajar anaknya bahasa ketika dia berusia dua tahun, bermula dengan Inggeris.

Tetapi, apabila dia menyedari Bella berminat, Yulia mula mengajar bahasa lain.

Bella berlatih bercakap bahasa Inggeris dengan ibunya sementara bahasa lain, kanak-kanak itu dilatih oleh pengajar yang memang bercakap bahasa terbabit.

Seorang pakar bahasa berkata: “Kes seperti ini amat jarang, tetapi ia pernah berlaku. Pusat bahasa dalam otak manusia boleh bertukar pada peringkat berbeza dalam perkembangan manusia.” – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan