Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Si Buncit Terdesak Rompak Bank Di Ampang

SUSPEK berjaya ditahan anggota polis, semalam.
SUSPEK berjaya ditahan anggota polis, semalam.

Ampang – Seorang perompak ‘buncit’ tidak sempat melarikan diri bersama wang RM80,000 apabila dicekup anggota polis yang kebetulan berada berhampiran sebuah bank di Kampung Melayu di sini.

Dalam kejadian jam 4.10 petang semalam, suspek berusia 42 tahun itu dikatakan mengacukan pisau ke arah pengawal keselamatan bank sebelum merampas senapang digunakan.

Sumber polis berkata, penjenayah mengacukan senapang itu ke arah pelanggan dan kakitangan bank berkenaan.

Menurutnya, suspek kemudian memaksa kakitangan bank itu menyerahkan wang tunai RM81,702 yang disumbat dalam karung.

“Suspek kemudian berlari keluar sebelum membuang senapang itu ke dalam longkang. –myMetro Online

Komen


Berita Berkaitan