Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Shopping raya bersama 20 pelajar kurang berkemampuan

4:11pm 25/06/2016 Leolerry Lajius 19 views Tempatan
Salmi (tengah) mengambil gambar kenangan bersama pelajar yang diraikan sempena program berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Salmi (tengah) mengambil gambar kenangan bersama pelajar yang diraikan sempena program berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Kota Kinabalu : Sempena bulan Ramadhan al Mubarak, Pergerakan Puteri UMNO Kota Kinabalu bersama ahli-ahli jawatankuasanya telah membawa 20 orang pelajar  daripada Sekolah Kebangsaan Bukit Padang untuk membeli belah pakaian raya.

Ketua Puterinya, Salmi Sarinoh berkata 20 orang pelajar itu terdiri daripada pelajar golongan kurang berkemampuan daripada sekolah berkenaan.

Beliau berkata Program Shopping Raya merupakan program tahunan Puteri UMNO sejak tahun 2008 lagi dan sudah menjadi tradisi Puteri UMNO Kota Kinabalu memilih golongan kurang bernasib baik dan anak-anak yatim sempena program ini.

“Selain memberi anak-anak yatim ini merasai kemeriahan membeli persiapan berhari raya, program ini membuka peluang kepada orang ramai untuk melakukan aktiviti kerja amal.

” Setiap seorang mendapat RM150.00 untuk membeli pakaian raya dan Servey Hypermarket pula memberi barangan makanan dan boucher pembelian,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa Program Shopping Raya bersama anak-anak yatim dan kurang bernasih baik di Servey Hypermaket, di sini hari ini.

Salmi yang juga Bendahari Puteri UMNO Sabah berharap program itu dapat menceriakan anak-anak yatim dan dapat merasai kemeriahan dan semangat Aidilfitri.

Salmi turut menyeru sektor swasta dan syarikat milik kerajaan (GLC) supaya memainkan peranan proaktif dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka.

“Sektor swasta dan GLC terbabit perlu sentiasa menghulurkan pelbagai jenis bantuan kepada masyarakat setempat, selain bekerjasama dengan kerajaan secara konsisten menjayakan usaha itu yang secara tidak langsung dapat mengimarahkan dan menambahkan lagi amalan di bulan Ramadan.

Turut hadir sama Penolong Kanan Pendidikan Khan SK Bukit Padang, Rubish Suip, Naib Ketua Puteri UMNO Kota Kinabalu, Dr. Siti Fatmah Suaib, wakil Servey Hypermarket, serta ahli-ahli jawatankuasa Puteri UMNO Kota Kinabalu, guru-guru SK Bukit Padang dan penenerima sumbangan./SayangSabah

Salah seorang pelajar menunjukkan duit raya yang diterimanya sempena program berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Salah seorang pelajar menunjukkan duit raya yang diterimanya sempena program berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan