Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Shopping Raya bersama 20 orang anak yatim

2:07pm 26/06/2016 Leolerry Lajius 76 views Tempatan
Samsudin membantu salah seorang  anak yatim mencuba baju sempena program berkenaan.

Samsudin membantu salah seorang anak yatim mencuba baju sempena program berkenaan.

SANDAKAN : Puteri UMNO Batu Sapi telah meraikan seramai 20 orang anak yatim dari sekitar Parlimen Batu Sapi sempena program Shopping Raya Bersama Anak-anak Yatim di Pasaraya Yong Hin Sandakan kelmarin.

Shopping Raya bersama 20 anak-anak yatim daripada kawasan Batu Sapi bersama pergerakan Puteri Umno Batu Sapi turut dihadiri Wakil Rakyat kawasan Sekong, Datuk Samsudin Yahya.

Ketua UMNO bahagian Batu Sapi, Datuk Samsudin Yahya turut memuji usaha Puteri UMNO Sabah mengadakan program mendekati golongan kurang bernasib baik melalui program Shopping Raya bersama anak yatim.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Puteri UMNO Batu Sapi yang berjaya menganjurkan serta menjayakan program ini.

“Program membantu anak yatim sebegini, sedikit sebanyak dapat menceriakan mereka yang kurang bernasib baik bagi menyambut hari lebaran”, ujarnya.

Ketua Puteri UMNO Batu Sapi, Hazulizah Mohd Dani berkata mudah-mudahan sumbangan kecil daripada Puteri Umno Batu Sapi ini dapat menceriakan Hari Raya yang bakal menjelang tiba.

Beliau berharap sumbangan itu dapat menceriakan anak- anak berkenaan yang memilih sendiri pakaian kegemaran masing-masing.

“Program amal Shopping Raya ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial Puteri UMNO, selari dengan peranan kami sebagai Puteri UMNO yang prihatin, penyayang dan bertanggungjawab.

“Program ini merupakan acara tahunan dan sudah diadakan sejak bertahun dan pada masa akan datang, Puteri UMNO Batu Sapi akan mengadakan lebih banyak lagi aktiviti kebajikan sebegini akan dilakukan tanpa mengira perayaan,” katanya./SayangSabah

Samsudin (tengah) mengambil gambar bersama anak-anak yatim dan Puteri UMNO yang terlibat dalam program berkenaan.

Samsudin (tengah) mengambil gambar bersama anak-anak yatim dan Puteri UMNO yang terlibat dalam program berkenaan.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan