Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,636

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sherone Wong, ratu Gimpuhut Momogun Rungus 2016

4:10pm 03/08/2016 Leolerry Lajius 255 views Tempatan,Warisan Budaya
Sherone Wong (duduk), bersama pemenang tempat kedua dan ketiga.

Sherone Wong (duduk), bersama pemenang tempat kedua dan ketiga.

KUDAT: Sherone Wong, 18, muncul sebagai ratu Gimpuhut Momogun Rungus 2016  (MGM) sempena Pesta Magahau 2016 yang diadakan di Puruvan Square Matunggong, baru-baru ini.

Sherone memenangi hadiah keseluruhan kira-kira RM10 ribu, termasuk wang tunai RM3000, tiara, selendang, piala, hamper, bunga, tiket penerbangan pergi dan balik ke London dan perbelanjaan bernilai RM7000.

Naib johan dimenangi oleh Priska atau Prisca Junai, 19  dan tempat ketiga dimenangi oleh Olga Stella Jailis,19. Prisca memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM2300 termasuk wang tunai RM2000. Manakala Olga memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM1250, termasuk wang tunai RM1000.

Naib johan  Prisca Junai (tiga dari kiri), tempat Ketiga Olga Stella Jailis (tiga dari kanan), tempat keempat Clerice  Oliver (dua dari kiri),tempat kelima Nelly  Awasang (dua dari kanan),tempat keenam  Fenny Lo (kiri) dan tempat ketujuh  Lusilah Retny Lim (kanan).

Naib johan Prisca Junai (tiga dari kiri), tempat Ketiga Olga Stella Jailis (tiga dari kanan), tempat keempat Clerice Oliver (dua dari kiri),tempat kelima Nelly Awasang (dua dari kanan),tempat keenam Fenny Lo (kiri) dan tempat ketujuh Lusilah Retny Lim (kanan).

Tempat keempat pertandingan itu dimenangi oleh Clerice  Oliver, 19, Nelly  Awasang, 23 menduduki tempat kelima. Manakala tempat keenam dan ketujuh masing-masing disandang oleh Fenny Lo, 22  dan Lusilah Retny Lim, 22.

Sementara johan pertandingan nyanyian-Mitarab Monurizak  dimenangi oleh Musliadi Toning yang memenangi RM2000, piala dan sijil. Beliau turut dipilih sebagai pemenang persembahan terbaik dan pakaian terbaik yang masing-masing membolehkan beliau mendapat hadiah Rm100, piala dan sijil.

Jelani menyampaikan hadiah kepada johan Mitarab Monurizak, Musliadi Toning

Jelani menyampaikan hadiah kepada johan Mitarab Monurizak, Musliadi Toning.

Naib johan disandang oleh Jouneh Alice Emith yang memenangi wang tunai RM1500, piala dan sijil. Manakala tempat ketiga disandang oleh Arlone Milon yang memenangi hadiah wang tunai RM1000, piala dan sijil.

Manakala peserta yang berada di kedudukan tujuh terbaik diberi peluang untuk merakam album secara berkumpulan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong, Dato’ Jelani Hamdan telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang./SayangSabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan