Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,768

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sheron & Vinny dilantik duta pelancongan Matunggong

9:07am 31/10/2016 Elezebeth Esther Onjining 225 views Berita Pelancongan,Hiburan,Kudat,Pelancongan,Tempatan,Warisan Budaya
Sherone Fung (kiri) dan Vinny Alvionitta Sasising-Duta Pelancongan Matunggong.

Sherone Fung (kiri) dan Vinny Alvionitta Sasising-Duta Pelancongan Matunggong.

KUDAT- Johan Mitarab Gimpuhut Magahau (MGM) Pesta Magahau 2016, Sherone Fung dan Unduk Ngadau Kaamatan Matunggong 2016, Vinny Alvionitta Sasising dilantik sebagai Duta Pelancongan Matunggong oleh Pejabat Daerah Kecil Matunggong & Lembaga Pelancongan Sabah.

Kedua-dua ikon tersebut menerima surat perlantikan dan selendang mereka daripada  Penolong Pegawai Daerah Kecil Matunggong, Encik Bianus Kontong sempena Festival Gong Matunggong 2016 yang diadakan di Dewan Terbuka Pekan Matunggong, Sabtu lalu.

Perlantikan dua ikon Rungus dalam bidang fesyen dan pelancongan itu merupakan antara acara menarik dalam Festival Gong Matunggong 2016.

Sheron yang juga merupakan Duta Persatuan Momogun Rungus Sabah bakal tampil dalam Program World Market (WTM) London 2016 sebagai tugasan pertama beliau.

Beliau akan menampilkan kepakaran beliau dalam bidang pembikinan Rinago Rungus. Sherone dijangka akan berlepas ke London pada 6 November 2016 ini.

Selain Sherone, Prisca Junai, pemenang Naib Johan Mitarab Gimpuhut Magahau dan Lusilah Retni, Ratu Fesyen Kumanis 2015 yang juga dikalangan “TOP 7” MGM 2016 juga akan turut ke London bersama Sherone.

Festival Gong Matunggong 2016 telah dirasmikan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor. Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong, Dato’ Jelani Hamdan.

Hajiji (tengah) bersama Jelani (tiga dari kanan) dan jemputan lain pada perasmian Festival Gong Matunggong 2016.

Hajiji (tengah) bersama Jelani (tiga dari kanan) dan jemputan lain pada perasmian Festival Gong Matunggong 2016.

Jelani dalam ucapannya di majlis itu meminta Kerajaan khususnya Kerajaan Persekutuan mempercepatkan pembinaan balai bomba di Matunggong memandangkan ia merupakan satu keperluan yang mendesak.

Beliau juga meminta pihak berwajib membina kedai baru Pekan Matunggong selain pembaikan prasarana Tamu Pekan Lama Matunggong yang amat memerlukan tindakan segera Kerajaan.

Sementara itu, Hajiji bersetuju mempertimbangkan cadangan Jelani untuk penambahan kedai dan juga balai bomba untuk kawasan Matunggong.-SayangSabah

Sherone menerima watikah perlantikan Duta Pelancongan Matunggong daripada Bianus Kontong di majlis itu.

Sherone menerima watikah perlantikan Duta Pelancongan Matunggong daripada Bianus Kontong di majlis itu.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan