Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Shell sahkan empat pekerjanya penumpang pesawat malang MH17

shell

MIRI: Shell Malaysia semalam mengesahkan empat kakitangan Shell adalah antara penumpang yang terkorban dalam nahas pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine.

Kenyataan khas Shell semalam, mengesahkan empat kakitangannya yang terkorban dalam nahas tersebut ialah Tambi Jiee dari Malaysia, Paul Rajasingam Sivagnanam (Malaysia), Petra van Langeveld (Belanda) dan Klaas Willem van Luik (Belanda).

Ketika nahas, Tambi menaiki pesawat malang itu bersama isteri dan empat anaknya manakala Rajasingam bersama isteri dan anak lelakinya dan Petra pula bersama anak lelakinya.

Ketiga-tiga mereka bekerja dengan Shell Malaysia, kecuali Willem van Luik yang bersendirian menaiki pesawat malang itu, bekerja di pejabat Brunei Shell Petroleum Co. Sdn Bhd.

Sehubungan itu Shell dalam kenyataan rasminya di sini memberitahu bahawa syarikat itu akan memberi sokongan penuh termasuk sokongan moral untuk membantu ahli keluarga kakitangannya itu, melalui keadaan yang sukar ini.

“Pada masa yang sama kami juga ingin menyampaikan ucap takziah dan rasa sedih yang teramat sangat kepada keluarga dan rakan-rakan dan semua penumpang yang terkorban dalam nahas MH17,” demikian menurut Shell lagi.

Komen


Berita Berkaitan