Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Shell Malaysia kongsi keindahan Ramadhan dengan golongan istimewa

shell1
Kehadiran dua watak Badut menambah keceriaan kanak-kanak istimewa pada majlis jamuan berbuka puasa anjuran Shell Malaysia. – Foto Sayangsabah

KOTA KINABALU – Shell Malaysia meraikan golongan kanak-kanak istimewa dari tiga buah rumah kebajikan dalam majlis jamuan berbuka puasa di Le Maridien Hotel, di sini semalam.

Kanak-kanak istimewa tersebut dari Rumah Anak Kesayangan, Pusat Seri Mengasih dan Bukit Harapan turut menerima “angpau Raya” daripada Pengurus Besar Sabah Shell Malaysia, Siti Sulaiman.

“Kami amat berbesar hati dapat berkongsi keindahan Ramadhan dan kehangatan Hari Raya Aidilfitri dengan golongan kurang bernasib baik pada majlis jamuan ini,” katanya dalam ucapan ringkas pada majlis itu di sini semalam.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan Shell berjumlah RM3,000 kepada setiap rumah kebajikan tersebut.

Turut hadir pada majlis itu ialah Kerajaan dan Hal Ehwal Korporat Pengurus Kanan Sabah & Labuan Shell Malaysia Datin Lucy Irene Yong dan Deepwater Sabah Pengurus Operasi Trevor Cogle. – Oleh Nuzir Andi Samsiar / sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan