Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,808

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sheikh Al-Azhar kecam serangan

9:23am 15/11/2015 Pak Roshan 6 views Global
BEBERAPA mayat bergelimpangan di satu lorong selepas serangan di Paris, semalam.

BEBERAPA mayat bergelimpangan di satu lorong selepas serangan di Paris, semalam.

Kaherah: Sheikh Al Azhar Ahmed al-Tayyeb semalam mengecam serangan di Paris yang menyebabkan lebih 150 orang terbunuh.

Mengulas kejadian di ibu negara Perancis itu, Ahmed juga menggesa supaya masyarakat antarabangsa bersatu memerangi pelampau.

“Kita mengecam serangan kejam ini. Sudah tiba masanya dunia bersatu memerangi pelampau ini. Tindakan mereka bertentangan dengan semua prinsip agama, kemanusiaan dan atamadun,” kata Ahmed ketika merasmikan persidangan di Luxor, bandar di selatan Mesir.

Persidangan itu memberi tumpuan memerangi pemikiran dan pendirian pelampau.

Perancis mengisytiharkan darurat di seluruh negara itu berikutan serangan kelmarin (awal pagi semalam) di sekitar Paris. – Reuters/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan